Setelah bertahun2 memendam rasa nak jejak kaki ke Europe, akhirnya terlaksana jugak impian aku nak menghirup udara Europe pada tahun 2009. Kalau tanya perasaan, sumpah EXCITED! Tipu sangat kalau aku cakap rasa biasa2 lebih2 lagi trip pertama ni merangkumi a few important cities in Europe. Plan keseluruhan aku serahkan kepada my expert friend yang memang study kat Paris. So aku just follower and tak tau apa2 melainkan ikut saja as long this trip is a budget trip.. (Kedekut gila kann..heheh).
My first trip from Malaysia naik MAS direct ke CDG Paris bertiga iaitu with another friend from JB. Stay di Paris tiga hari dua malam cukup untuk discover Kota Paris yang sangat cantik serta terkenal sebagai ikon Kota Romantik @ Kota Cinta. Next time mesti bawak orang rumah jalan2 ke Paris.. Insyaallah. Next aku flight ke Rome, Italy yang kaya dengan sejarah Gladiatornya, juga berada disana selama tiga hari dua malam. Seterusnya, kami flight ke Barcalona, Spain kemudian terbang ke London juga selama dua malan dan terakhir ke Amsterdam, Holland sebelum patah semula ke Paris menaiki bas. Kami bermalam semalam di Paris sebelum pulang ke Malaysia keesokan harinya.
As overall pengalaman dari first trip ke Europe ni, memang banyak pengalaman suka duka , gembira sedih dan lain2. Terutamanya dr segi siapa rakan trip kita, sebab perkara ni sangat perlu diambil kira. Bayangkan sepanjang perjalanan, kita akan sentiasa bersama (kecuali personal business ler..) dan adalah sangat malang jika rakan trip anda bukanlah yang sekepala dengan anda. Dan paling utama, walau bagaimana sekepala pun anda, tetap akan berlaku sikit perselisihan atau pergeseran lebih2 lagi bila membabitkan hal2 yang mungkin agak menjengkelkan salah satu pihak.
Samalah jugak dengan my experience kali pertama ni, first few days trip tu semuanya ok until after a few days, barulah rasa yang ada diantara kami ni memang tak sekepala and sentiasa berselisih pendapat dan tiada chemistry untuk click as travel partner. Pening gak le kepala my other friend nak melayan kerenah kami, yang kiri kawan, yang kanan pun kawan. But as usual, aku senang untuk beralah.Bagi aku, apa yang penting ialah aku enjoy my trip and do what ever I want to do macam ambik gambar banyak2, discover tempat2 yang menarik, bangunan2 & pemandangan yang cantik, mengenali sejarah & budaya sesuatu tempat serta tak salah untuk mengagumi mercu sesuatu tempat kerana itu semua bukti kebesaran yang maha Esa. Lagipun semua pengalaman ini mungkin hanya dating sekali seumur hidup, so ..
Accomodation.. overall memang very very cheap sebab rata2 kami dapat save sket dr segi penginapan dengan menumpang tidur dirumah rakan di Paris dan di Amsterdam. Manakala di Barcalona, Rome dan London, kami memilih untuk tinggal di Hostel sahaja. Mungkin aku akan share sedikit tip mengenai cara2 untuk memilih accommodation semasa bercuti dlm next post. Begitu juga dengan transportation, rata2 harga tambang kapal terbang di Europe ni boleh dikatakan murah walau setelah di convert ke RM currency. Kadang2 lagi berbaloi naik flight compare to bas atau train sbb mungkin tambang kapal terbang lebih murah atau mahal sikit dr tambang bas train. So buat apa nak buang masa perjalanan kalau naik flight lebih cepat and murah.. Jadi selama 14 hari 12 malam trip, kami ada naik 3 kali low cost flight i.e. Easyjet & Ryanair serta bas Eurolines dari London ke Amsterdam dan Amsterdam ke Paris. Semua pengalaman first time travel ke Europe ni akan aku ceritakan berserta dengan gambar kenangan dan sedikit information untuk dikongsi bersama.. Enjoy...