Popular Posts

Monday, November 9, 2015

How to plan your Trip? Part 1

Bila cakap pasal nak bercuti, macam2 benda yang kena diambil kira. Paling utama diambil kira sudah tentu destinasi yang nak dituju selain perkara2 lain seperti nak guna pakej atau urus sendiri2, budget, nak pergi dgn siapa, tempoh trip dll.. Bagi aku, kalau trip dengan family memang sesuai gunakan pakej terutamanya sekitar Asia Tenggara sbb lebih memudahkan dan harga pun agak reasonable. Antara destinasi yang pernah aku ambil pakej sekurang2nya termasuklah Bali, Singapore, Bangkok, Ho Chi Minh (ground saja), Jakarta & Bandung (ground), Phuket, Cebu Island Philippines, Beijing, Shanghai, Gulin dan beberapa lagi destinasi Asean.

Tiket Penerbangan @ Flight Tickets
Bercakap pasal tiket penerbangan, sebaik2nya pilihlah destinasi yang agak jauh dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan seperti Sabah / Sarawak, Negara Asean atau sekurang2nya Langkawi /Singapore. Jika berpeluang mendapatkan tiket penerbangan pergi balik dengan harga yang berpatutan @ murah, grab je dulu tiket tu tapi kena kira2 gak factor cuti (sboss boleh bagi cuti ke time tu kot2 masa tu tgh closing, atau anak abis periksa ke..) & tempoh berapa lama nak pergi sebab tiket tambang murah ni biasanya tak boleh tukar tarikh atau masa. Terlalu banyak Terms & Condition nya. Jadi sebaik2nya tekankan 2 factor tersebut sebelum membuat keputusan beli tiket.

Ada setengah org dah siap dah dgn tarikh2 yg sesuai utk apply cuti dan keluar bercuti, cuma standby tiket murah je lagi.. Lagi satu tip bila nak beli tiket tambang murah, jgn beli dulu  Bagasi atau makanan sebab benda2 tu boleh beli last minute kecuali kalau nak beli Seats (pilih tempat duduk). Bukan apa, kalau memang tiba2 x boleh pergi atau terpaksa batalkan trip, taklah rugi banyak sangat kan..? Bila dah ada tiket, kita boleh decide kemudian samada nak uruskan sepenuhnya percutian atau beli je ground pakage melalui travel agency or surf kat internet. Kadang2 harga yg ditawarkan oleh orang perseorangan jauh lebih murah dari travel agency.
 
Ada sesetengah penerbangan tak kira commercial atau tambang murah yang memerlukan anda melengkapkan detail passport seperti No Passport, Tarikh Luput etc untuk penempahan destinasi luar Negara. So, kenalah sentiasa standby dengan Buku Merah @ Passport yang masih valid..dan ingat, sentiasa semak tarikh luput passport anda. Passport yg kurang 6 bulan dari tarikh anda berlepas adalah dianggap tdak laku dan tak salah anda renew passport awal sket sebab tarikh permulaan semula passport anda tetap bermula sehari selepas tarikh akhir passport lama anda. Tiada overlapping date dlm proses pembaharuan passport, so takyah risau nak renew sesebulan dua awal.
Andaikan tarikh passport seperti dibawah:
Tarikh Mula      : 14/5/2010
Tarikh Tamat    : 13/5/2015
Situasi 1:
Tarikh akhir passport ni valid digunakan untuk keluar negara ialah pada13/11/2014 dan anda tak layak untuk keluar Negara dengan menggunakan passport ni selepas tarikh 13/11/2014 (walau still ada 6 bulan lagi).
  
Situasi 2:
Sekiranya anda memperbaharui passport anda lebih awal beberapa bulan sebelum 13/11/2014, sebagai contoh pada 10/9/2014, tarikh mula passport anda tetap dikira bermula dari sehari selepas  tarikh tamat passport anda yg lama iatu mulai 14/5/2015 sehingga 13/5/2020. Jadi anda tak rugi apa2 pun walau renew passport awal.
Harga untuk buat passport baru atau renew passport cuma RM200 untuk tempoh 5 tahun dan anda cuma perlu pergi ke pejabat imegresen (termasuk kat semua UTC) dan tak perlu bawak gambar passport sendiri sebab pihak imegresen akan mengambil gambar anda disitu juga. Jangan lupa plak bawak IC. Proses pun tak lama, nak tungu passport pun dalam sejam je. Itu berdasarkan my experience renew passport kat UTC Kuantan last May 2105.Tapi bergantung gak dengan berapa ramai  yang nak buat passport aritu. Kalau ramai sesangat, lama le sket.
Dah ada passport tu, jangan le plak letak sepah2. Buku Merah ni mmg laku sgt kalau ada pihak2 tertentu yg jumpa dan salah guna mcm sindiket pemalsuan passport atau pendatang tanpa izin. Lagi satu, pihak imegresen akan memulangkan passport lama kepada anda tapi ada bahagian yang dipotong untuk menggambarkan passport tu dah tak laku & tak boleh pakai mcm kat bawah ni: 




Jadual @ Itinerary
Sekiranya anda tidak menggunakan sebarang package untuk percutian anda maka adalah penting untuk membuat jadual @ Itinerary lengkap sepanjang percutian anda. Jadual biasanya mengandungi tarikh, masa, aktiviti atau program, payment detail, no rujukan serta beberapa perkara2 penting yang boleh dimasukkan sebagai rujukan tambahan.

Dengan adanya jadual yang lengkap, anda dapat merancang percutian anda dengan lebih baik dan pada masa yang sama dapat merancang perbelanjaan anda. Sebagai contoh jika anda sudah ada perancangan untuk bercuti kemana2 destinasi pilihan, dan telah menetapkan untuk uruskan sendiri tanpa menggunakan sebarang travel agent, lengkapkan draft jadual anda dengan menetapkan perancangan sepanjang percutian. Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai tempat menarik atau aktiviti2 yang boleh dilakukan dengan membuat sedikit research melalui laman internet atau bertanya dengan teman2 yang pernah pergi melalui pengalaman mereka.
 
Pertama kali membuat draft jadual / program mungkin agak menguji kesabaran kerana anda perlu rajin membuat research, homework dan membuat keputusan tepat kerana dalam membuat rangka jadual, anda mungkin perlu merombak draft jadual and berkali2 sehingga mendapat satu jadual yang agak comprehensive dari segi memenuhi segala aspek budget, perjalanan, kos keseluruhan serta yang paling utama ialah kepuasan. Jangan lupa untuk sentiasa berkongsi serta mendapatkan feedback serta persetujuan dari rakan travel anda jika and tidak travel berseorangan.
 
Seterusnya, setelah semua bersetuju dengan draft jadual anda, teruskan dengan membeli secara online semua perkara2 yang perlu seperti transportation (flight / Bas / Train / Cruise etc), Accomodation (Hostel / Hostels etc), Things To Do (Hop On Hop Off, Day Trip Activities, Entrance fees etc) dan beberapa perkara lain. Sekiranya anda menggunakan credit card anda untuk pembayaran, anda boleh meletakkan anggaran harga berdasarkan currency pada hari pembelian sebagai harga anggaran tetapi jangan lupa untuk update harga sebenar selepas anda mendapat statement credit card anda. Kalau perlu, charge lebih sikit sbb kena ambik kira gak credit card charges yg dikenakan.
 
Transportation
Kadang2, bila dah jumpa je flight yang sesuai dengan harga dan jadual untuk bercuti anda, jangan buang masa. Terus beli tiket..Yang penting grab dulu tiket, pastu baru fikirkan benda2 lain sebab peluang dapat harga tambang flight murah tak selalu ada. Ok, sekarang dah ada tiket flight seterusnya bila dah ada draft program / jadual, mulakan langkah seterusnya untuk membeli tiket samada domestic flight, bas, train atau cruise/ferry untuk melengkapkan perjalanan anda.
 
Sentiasalah menggunakan laman web  untuk membuat perbandingan harga termurah flight  atau membuat carian (google search) dengan menaip sebagai contoh  'Cheapest Transportation From Copenhagen To Oslo'. Jangan terkejut yang kadang2 beberapa cadangan termasuklah menaiki Cruise akan menjadi salah satu favourite suggestion. Jadi sekiranya itu yang terbaik setelah diambil kira pelbagai factor yang lain, teruskan untuk membeli secara online dan jangan lupa untuk menyimpan setiap document (booking /receipt etc) sebagai bukti pembelian selain dari kekal menyimpan segala email berkaitan pembelian online just in case anda kehilangan physical copy document anda.
 
Untuk memilih transportation yang sesuai untuk perjalanan anda, beberapa perkara harus diambil kira dan harga tambang bukan  segalanya. Jarak perjalanan yang jauh dan mungkin mengambil masa yang lama jika menggunakan kenderaan darat mungkin membuang masa anda sekiranya memilih perjalanan darat seperti bas manakala harga train mungkin agak mahal untuk beberapa destinasi atau negara seperti Peranchis, Italy , Germany atau Swiss tetapi mengapa tidak untuk tetap memilih bas sebagai pilihan jika anda dapat menjimatkan 2 dalam 1 iatu mengambil basa lewat malam dan tiba ke destinasi pada keesokkan harinya. Nah, anda telah menjimatkan satu malam kos penginapan serta mendapat tambang yang murah bukan?
 
Tetapi tidak semua pilihan itu tepat kerana ia bergantung juga kepada kemampuan,  keinginan serta minat individu itu sendiri seperti kurang selesa bermalam didalam bas, atau prefer perjalanan yang pantas serta tidak membuang masa dengan menaiki flight atau mungkin juga memilih untuk travel dengan menyewa kereta dan memandu sendiri. Cuma apa yang saya cadangkan ini semata2 untuk meminimumkan kos perbelanjaan transportation anda sambil memaksimumkan kepuasan dari segi masa serta bersesuaian dengan jadual anda.
 
Untuk posting seterusnya nanti, saya akan berkongsi mengenai Accomodation serta lain2 perkara berkaitan dengan trip seperti Things To Do, Must Visit or place of Interest dan lain2.. 
 
   

Saturday, October 24, 2015

Bertambah lagi collection HRC Flag

Bertambahlah lagi collection T'shirt HRC Flag Theme. Kirim kat my wife officemates yg kebetulan ada course kat Amsterdam. So, siapa ada plan nak pergi bandar2 bawah  ni, roger2 le. Nak mintak kirim T'shirt HRC:

HRC Brussels Belgium (Flag.. or kalau takde stock, just classic)
HRC Budapest, Hungary (Flag..or kalau takde stock just classic)
HRC Barcalona Spain (Cities Maroon)
HRC Sharm El Sheikh Egypt (Flag or Cities Maroon)
HRC Cairo Egypt (Classic)
HRC Athens, Greece (Flag or Cities Maroon)
HRC Bangkok (Pun dah terlalu lusuh.. kalau ada flag lagi bagus, otherwise just classic)




Sunday, October 18, 2015

I'm Hard Rock Cafe Lovers....

 
I'm HRC lovers, especially HRC T'shirt. So far dah ada more than 30 pcs HRC T'shirt pelbagai design tapi masih ada jugak collection yang dah agak lusuh and a few yg dah hilang.. So nak mintak sangat siapa2 yg ada pergi ke cities bawah ni, tolong roger2 sebab nak mintak kirim tolong belikan...
 
HRC Brussels Belgium (Flag.. or kalau takde stock, just classic)
HRC Budapest, Hungary (Flag..or kalau takde stock just classic)
HRC Barcalona Spain (Cities Maroon)
HRC Sharm El Sheikh Egypt (Flag or Cities Maroon)
HRC Cairo Egypt (Classic)
HRC Athens, Greece (Flag or Cities Maroon)
HRC Bangkok (Pun dah terlalu lusuh.. kalau ada flag lagi bagus, otherwise just classic)
 
 
 
 





 
HRC Copenhagen Denmark
 
HRC Helsinki
 
HRC Helsinki Finland
 
HRC Helsinki
 
HRC London
HRC Oslo Norway
 
London
HRC Munich Germany

 
HRC Stockholm Sweden
HRC Stockholm
HRC Berlin Germany
Geng HRC
 
HRC Berlin
 
 
 


HRC Ho Chi Minh Vietnam

 
HRC Ho Chi Minh Vietnam
Dengan Geng HRC Rawang
 
 
HRC London


HRC Lisbon Portugal

HRC Lisbon Portugal
HRC Madrid Spain
 
 
HRC Madrid Spain


 




 

 
 
 
 
 


Saturday, October 17, 2015

Buku Merah @ Passport Malaysia

 
Buku Merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh
 
Haa.. Menarik bukan sebahagian bait lirik lagu Bawaku Pergi nanyian Zizan & Kaka.. Buku Merah, istilah lain untuk Pasport Malaysia dan sudah tentu dokumen paling penting as a licence to travel overseas. Not only overseas, tapi jugak bagus guna passport instead IC untuk enter Sabah & Sarawak, tak payah nak susah2 simpan slip ketibaan. Selain daripada tu, aku jugak collect semua keratan boarding pass atau istilah lain 'tiket2 kapal terbang' setiap aku travel tak kiralah travel didalam atau keluar Negara. Tapi sayangnya cuma boardig pass for past 5 years saja yang masih tersimpan rapi. Yang lain2 sebelum tu dah hilang entah kemana.

Baru renew Buku Merah on June 2015..

Buke Merah yg dah expired almost penuh, since 2010

Boarding Pass..




 

Tuesday, October 13, 2015

Salam.. Hampir 2 tahun tak jengah blog... Reason yg paling klise dah tentu busy..busy.. and busy. Kalau nak cakap pasal travel, mmg tiap tahun tak pernah miss. Kalau tak travel jauh, setidak-tidak pun yg dekat2 mcm S'pore, Jakarta, Bandung etc.. So many things happen for the past few years yg saya akan kongsikan nanti. Bermula dr my first travel to UK & Europe sehingga yg latest baru2 ni.