Popular Posts

Saturday, February 19, 2011

France - Paris - 2009... Bonjour


 

Hi there.. Where should I start ya.. Sebenarnya,  too many things yang nak share especially pasal my past travel experience. Yang paling meninggalkan kenangan manis dah tentu pengalaman pertama terbang jauh ke UK and Europe on 2009. The actual date memang dah tak ingat sbb nak refer balik dari passport lama pun dah tak tau hilang entah kemana. Bercerita pasal pengalaman pertama terbang lebih kurang 12 hour from KLIA to Charles De Gaulle, Paris ni memang le pengalaman yang mengujakan. lebih2 lagi naik MAS, layanan memang tip top..first class walau duduk kt Economy Class je.. Hehe.
 
Aku travel dari KL bertiga dengan my friend yang kebetulan tgh buat PHD kt Paris masa tu dan kawan dia yang aku berapa nak ingat namanya. Once jejak je kaki ni kat CDG, aku dah mula rasa debarannya lebih2 lagi kali pertama mengadap imegresen kt Paris. Tapi berbekalkan tip2 yang di kutip dari teman2 yg pernah atau selalu travel, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Nak ikutkan imegresen kt France ni tak seteruk mana. Maybe kat imegresen kat  UK atau US lagi strict kot.  Keluar je dari CDG, kami terus ke rumah Arun iaitu kawan kepada kawan aku yg study kat France tu. Dekat flat 2 bedrooms Arun ni dapatlah kami bertiga menumpang untuk dua malam sebelum bergerak ke next destination iaitu Rome.  
 
Bercakap pasal Arun, dia ni oleh dikategorikan daring gak orangnya. Ada satu insiden masa nak ke Eiffil Tower waktu malam, dia siap ajar cara org Paris yang tak ada ticket (atau mungkin ada beli ticket tp saja taknak guna) untuk melepasi pintu tiket untuk naik metro (ala ala LRT / Komuter kt KL atau mcm Tube kat London). Memang pada pemerhatian aku, ramai gak yang menumpang masuk dengan cara berjalan rapat dengan org depan mereka walaupun tak kenal each others. Nampak rude sangat kan? Yang si Arul ni boleh plak suruh kami utk buat benda sama tapi bukan jalan rapat berdua, tapi jalan rapat bertiga.Wah, betul2 save ni, tapi kalau kena cekup ngan Inspector Metro, sahih kena bayar denda on the spot. Memang sangat2 tak berbaloi.
 

 Usefull tips for public transportation in Paris
 
 
Bercakap pasal Paris, untuk first timer yang datang sini digalakkan menggunakan perkhidmatan hop on hop off bus untuk menjimatkan masa dan dapat cover hampir keseluruhan tempat menarik yang harus dilawati di Paris tapi cuma untuk dlm Bandar saja. Cuma masa first time datang ke Paris time tu aku tak pakai bas ni sebab macha and my friend tau camner nak bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan berjalan kaki atau naik metro. Cuma kalau ada plan nak ke Disneyland atau Designer Outlet La Valle Village, saja kenalah naik train lain sebab lokasinya keluar sikit dari Kota Paris. Selama 3 hari kat Paris, sempatlah aku berjalan2 sekitar Musee Du Louvre , Arc De Triomphe , Sacre Coeur Basilica ,  Notre Dame De Cathedral , Montmartre ,  Palais Garnier , Musee D'Orsay , Jardin du Luxembourg @ Luxembourg Garden dll. 
 
 
Antara phamplets berkaitan Paris yg masih dalam simpanan.

Maps and tiket metro

  

 
The Eiffel Tower is an iron lattice tower located on the Champ de Mars in Paris, France. It was named after the engineer Alexandre Gustave Eiffel, whose company designed and built the tower. Construction started on 28 January 1887 and opened on 31 March 1889.
 


 
 
 

 









 
 
 
Collection item from Paris yang dikumpul sejak 2009 till now



Painting beli kat Montmartre tapi frame kat Malaysia

 
 
 


Selesai jelajah keliling Paris, kami meneruskan perjalanan menuju ke Rome, Italy dengan menaiki Rynair.

Netherlands - Amsterdam - 2009

Salam.. Ingat lagi tak  post sebelum..? Pasal pengalaman tersalah naik bas sampai ke Cambridge dan tak pasal2 tertinggal bas yang sepatutnya bawak kami ke Amsterdam.. Memang kenangan yg agak pahit untuk dikenang sebab buang masa and rugi duit teksi, setakat masuk Cambridge tak sampai setengah jam.. nak ambik gambar pun tak sempat gara2 nak kejar train...

Anyway, syukur sebab dapat meneruskan perjalanan ke Amsterdam dengan selamat walau dah lari 5 jam dari jadual asal.. Takpalah, janji tak kena beli tiket baru.. Seingat aku, bas ada berhenti di Brussels untuk turun and ambik penumpang. Kami tiba di Amsterdam sekitar jam 5 am dan terus menuju ke rumah seorang teman , En Rosman iaitu Director Tourism Malaysia untuk Holland, Belgium dan Luxemburg. Ketibaan kami disambut mesra En. Rosman dan keluarga yang pada masa itu, sudah 2 tahun berkhidmat di Amsterdam.



 


Kebetulan pada hari kami sampai di Amsterdam, Malaysia Embassy ada buat Malaysia Food Festival di perkarangan rumah Duta Malaysia , Dato' Fauziah yang terletak berhampiran The Hague. Dapat lah kami merasa makan masakan Malaysia seperti Satay, Laksa Sarawak, Kuih muih tradisional dan lain2. Memang langkah kanan.. setelah berhari2 tak merasa makanan yg dah biasa dgn tekak melayu, dapat gak makan sampai kenyang. Sambil tu kami dihiburkan dengan persembahan patung boneka ala2 wayang kulit.







Di sinilah juga letaknya  Peace Palace iaitu sebuah bangunan pentadbiran di The Hague, Belanda. Ia sering dipanggil kerusi undang-undang antarabangsa kerana ia menempatkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yg cukup terkenal untuk menyelesaikan isu2 perundangan antarabangsa termasuklah kes pertikaian Batu Putih antara Malaysia dan Singapura yg mana keputusan tidak menyebelahi Malaysia. Kami kemudian menuju ke Madurodum iaitu sebuah taman kecil dan tarikan pelancong di daerah Scheveninge di The Hague. Ia adalah rumah kepada pelbagai model replika 01:25 skala mercu tanda Belanda terkenal, bandar-bandar bersejarah dan perkembangan besar.