Popular Posts

Saturday, February 19, 2011

Netherlands - Amsterdam - 2009

Salam.. Ingat lagi tak  post sebelum..? Pasal pengalaman tersalah naik bas sampai ke Cambridge dan tak pasal2 tertinggal bas yang sepatutnya bawak kami ke Amsterdam.. Memang kenangan yg agak pahit untuk dikenang sebab buang masa and rugi duit teksi, setakat masuk Cambridge tak sampai setengah jam.. nak ambik gambar pun tak sempat gara2 nak kejar train...

Anyway, syukur sebab dapat meneruskan perjalanan ke Amsterdam dengan selamat walau dah lari 5 jam dari jadual asal.. Takpalah, janji tak kena beli tiket baru.. Seingat aku, bas ada berhenti di Brussels untuk turun and ambik penumpang. Kami tiba di Amsterdam sekitar jam 5 am dan terus menuju ke rumah seorang teman , En Rosman iaitu Director Tourism Malaysia untuk Holland, Belgium dan Luxemburg. Ketibaan kami disambut mesra En. Rosman dan keluarga yang pada masa itu, sudah 2 tahun berkhidmat di Amsterdam.



 


Kebetulan pada hari kami sampai di Amsterdam, Malaysia Embassy ada buat Malaysia Food Festival di perkarangan rumah Duta Malaysia , Dato' Fauziah yang terletak berhampiran The Hague. Dapat lah kami merasa makan masakan Malaysia seperti Satay, Laksa Sarawak, Kuih muih tradisional dan lain2. Memang langkah kanan.. setelah berhari2 tak merasa makanan yg dah biasa dgn tekak melayu, dapat gak makan sampai kenyang. Sambil tu kami dihiburkan dengan persembahan patung boneka ala2 wayang kulit.







Di sinilah juga letaknya  Peace Palace iaitu sebuah bangunan pentadbiran di The Hague, Belanda. Ia sering dipanggil kerusi undang-undang antarabangsa kerana ia menempatkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yg cukup terkenal untuk menyelesaikan isu2 perundangan antarabangsa termasuklah kes pertikaian Batu Putih antara Malaysia dan Singapura yg mana keputusan tidak menyebelahi Malaysia. Kami kemudian menuju ke Madurodum iaitu sebuah taman kecil dan tarikan pelancong di daerah Scheveninge di The Hague. Ia adalah rumah kepada pelbagai model replika 01:25 skala mercu tanda Belanda terkenal, bandar-bandar bersejarah dan perkembangan besar.


 
 
 

 
 
 











 
















 


No comments:

Post a Comment