Popular Posts

Saturday, February 19, 2011

Rome - Italy - 2009



Next destination after done with Barcelona is Rome, Italy. Kenapa Rome? Dah tentu pasal nak tengok tinggalan sejarah Empayar Rome dan bangunan2 lamanya yang bersepah2 tapi kekal terjaga walau ada yang sudah menyembah bumi.Kami bertolak dari Barcalona menuju ke Rome Fiumicino dengan menaiki pesawat tambang murah Easyjet dengan harga tiket sehala pada masa tu lebih kurang  Euro 35 atau RM140 saja seorang. Setibanya di Fiumicino, kami terus menuju ke Hostel untuk menyimpan bag serta nak mula explore sekitar Kota Rome yang penuh sejarah itu.
 

 
Bila berjalan2 di sekitar Rome, cuba elakkan dari terus bergambar atau bersetuju utk bergambar dengan mereka yang memakai costume wira Rome seperti Gladiator etc unless anda harus tetapkan atau bersetuju dengan tips terlebih dahulu. Otherwise mereka akan charge anda dengan harga yg tak masuk akal seperti Euro 20 just untuk bergambar dengan mereka.
 

 
Disini anda juga digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan bas Hop On Hop Off Rome untuk berjalan2 di sekitar Kota sejarah Rome seperti Colosseum, Roman Forum, Pantheon, Trevi Fountain, Piazza Navona, Vatican City dll. But during my visit masa tu, aku cuma banyak berjalan kaki dan naik public transportation untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yg lain memandangkan kami berada di Rome selama 3 hari 2 malam dan itu cukup memadai untuk discover most of interesting place in Rome. Bas Hop On Hop Off amat sesuai digunakan sekiranya anda tidak mempunyai banyak masa seperti hanya 2 hari 1 malam atau hanya satu hari sahaja untuk menjelajah sekitar Rome.
 

 
Bila dah ada kat Italy, jangan lepaskan peluang untuk mencuba Pizza atau Pasta (dah tentu vegetarian) and off course Gelato (Ice Cream yang cukup famous di Italy). Selain daripada tu, jangan lupa untuk melawat Vatican Museum yg terletak di dalam Vatican City. Insyaallah, tak perlu risau dengan iman sendiri kerana kita kenalah selalu beringat, niat kita bila masuk Vatican city cumalah untuk nak tengok saja. Disebabkan dah kena check out dari Hostal and after last visit kat Vatican kami akan terus ke Airport untuk meneruskan perjalanan ke Barcalona, maka terpaksalah aku usung bagpacks berat ni kehulu kehilir. Orang memang ramai untuk nak masuk kedalam museum ni dan semua pelawat akan  diperiksa secara detail termasuk bag akan di scan bagi mengelakkan sebarang unsur sabotage seperti bomb etc.




Colosseum



Roman Forum





Pantheon

 
Piazza Navona
 
Vatican City




















 








 
Selesai 3 hari di Rome Italy, kami meneruskan perjalanan menuju ke Kota London selama 3 hari 2 malam sebelum berlepas ke Amsterdam denga menaiki bas dan balik semula ke Paris by flight sebagai destinasi terakhir sebelum pulang ke Malaysia.
 

No comments:

Post a Comment